...kisah bermula pada awal tahun ni... ade la kawan aku tu nak beli camera dan aku pon carik la dengan dier kedai2 yang rase bole kasi murah... 3-4 kedai jugak la kite org mencarik dan akhirnya kawan aku tu beli la camera... dari tak tau pakai sampai la pandai pakai dslr camera dan dapat ambik gambo2 yang menarik... aku kagum dengan usaha dan kesungguhan dier ni, ditambah lagi dengan kepala yang kreatif... dan dari situ lah kami berazam untuk memajukan diri dengan camera ni dan bercita2 untuk cari duit dengan camera... aku malas pada mulanya... almaklum la, ilmu tak cukup lagi dan tak ade panduan selain dari tengok fp sifu2 yang dah maju dan berjaya...
dan dari sini jugak la aku dikenalkan dengan ramai lagi yang sehobi dengan aku kat tempat aku keje ni... ropernya dah ade yang bole buat duit dengan camera dan dah lama jugak la bergelumang dalam dunia ambik gambo ni...(kebanyakkannya gambo kawen...) dan dengan semangat yang berkobar2... kami pon memulakan langkah dan mengatur strategi untuk kearah itu... semangat bertambah dengan adanya mereka ni... galakkan dan peransang yang depa kasi menjadikan kami bergitu bersemangat...
tapi malangnya.. ape yang dirancang tak kesampaian... member aku tak bole nak join dan meneruskan apa yang kami rancang disebabkan ade perkara yang tak dapat nak elak... semangat aku mula down... sebelom ni dan melabur besar jugak beli alatan tambahan walaupon camera aku ni 'kecik' je... lagi la bertambah semak perut aku... orang umah dah mula bikin ayat yang pedih telinga nak dengar... tapi diakhir ayat tu diselitkan kata2 semangat... terima kasih buat isteri yang tercinta dan dengan kata2 itu lah aku bergerak sendiri dan mula menimba ilmu dengan kawan aku sorang lagi ni yang aku kenal dier 'dulu' tapi tak macm aku kenal dier 'sekarang'...
ilmu yang dituntut bermula apabila kite orang dipilih untuk menghadiri kursus bersama... dan peluang ni aku gunakan untuk bertanya banyak perkara berkaitan dengan teknik dan setting camera... terima kasih aku ucapkan kat kawan aku sorang ni, tak lokek ilmu dan tempoh pembelajaran tak ade had... mase kursus tu orang lain tido, kami berdua masih meronda dan berjaga kat pekan taiping untuk mabik gambo dan setting yang betul... pengalaman yang sangat menarik...
balik kursus kawan ni offer aku untuk ikut dier ambik gambo... dan peluang ni aku gunakan sepenuhnya untuk mendalamkan lagi ilmu... alhamdulillah... kawan aku ni pon mempunyai cita2 dan dier pon offer aku untuk join dier punyer group... maka pada minggu2 berikutnya, strategi dan plan untuk menubuhkan satu kumpulan 'tukang ambik gambo' diatur... dan kini... kami ade group sendiri untuk ambik gambo... 'tukang ambik gambo' itu ialah.... aku, prof (best jugak gelaran ni), jef, shahnon, shedy dan nik telah bergabung tenaga... dan bermula dari saat itu... aku jadi sangat suka untuk ambik gambo... biar berpeluh satu badan, tapi rasa sangat puas...
dan sekarang... aku masih belajar dan mahu belajar lagi... dan berdoa semoga usaha kami akan berjaya macm group2 yang lain tu... hehehehehehehe
SELAMAT MAJU JAYA REYANZ'S CREW.... amin